Saturday 24 September 2011

SEJENAK......

SEBARIS KATA,SEINDAH BICARA

Daun sirih ulam Cik Da       
    Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
    Biar merunduk resmi padi


Kemumu di tengah pekan         
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan   
   Bagai pohon tidak berbuah

Pakai baju warna biru           
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu


Padi segemal kepuk di hulu   
   Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
   Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
   Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar           
  Tentu kita akan berjaya   
Parang tajam tidak berhulu   
    Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu       
     Jangan ingkar nasihat guru

PERUMPAMAAN

Perumpamaan

Ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.

Bagai aur dengan tebing-tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai kacang melupakan kulit-orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai melepaskan batuk di tangga -membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Seperti pahat dengan penukul-orang yang hanya bekerja apabila diperintah